Monday, November 30, 2009

Hari ni cuaca mendung.....musim hujan weh.....harap2 jgn banjir, kesian kat org kampong koi kat Mengkarak nun.
Minggu ni agak sibuk. Suasana Raya Haji tu masih ada. Raya ke2 ada kenduri doa selamat kat rumah mak mertua kat kampung. Ramai juga sedara mara yang datang, kira luar jangkaan jugalah. Dapatlah anak2 aku bersua muka dengan sepupu sepapat yang jauh dan dekat. Nak harapkan aku nak pergi kenalkan....maaf...sebab aku sendiripun dah tak berapa kenal dengan anak cucu peringkat baru ni. Tapi yg tak bestnya dalam majlis tu ada juga berlaku perang dingin adik beradik........"Tak ada adik beradik cam aku ni..susah, ada adik beradik cam diorang tu pun susah juga.....Ontahlah....Tak dapek den nak nyawab nyo."
Raya ke3 kebetulan hari minggu. Sebelah pagi (Kul 11.30 tu kira pagi lah) aku dengan mem gi ke majlis korban perdana kat Simpang Bukit Kepayang anjuran Dato' Mail Sobri. Ramai member2 lama yang dapat aku jumpa. Kira ramai juga veteran UMNO yang kenal aku lagi. Dato' Mail masih lagi cam dulu ngan aku. Kira oklah tu.....dah jadi menteri masih kenal rodong. Banyak juga dia bagi daging, tulang wat sup pun ada......
Kul 2.00 ptg terus gi makan kenduri kawin kat Seberang Guai....kalau tak tau....Sbrg Guai tu dekat ngan Uruguay.
Sebelah petang jadi Mr Butcher (alahhh....yg keja potong daging tu...) ya lah...mem aku tu tetiba jer ngidam nak makan gulai tulang.....aku syorkan cari jer tulang "Ghost Rider"...dia tak nak lak....alih2 aku jugalah yg kena potong dan bersihkan tulang2 lembu tu. Nak jadi cerita....luka pulaklah jari tangan aku kena pisau......Tah camna aku terlupa nak baca jampi kebal masa nak mula potong daging tu.
Sempena cuti ni.....pada anak cucu, anak murid / bapak murid yang bersunat atau tersunat aku ucapkan selamat ...Jalan Mengengkang.

Untuk yang nak bersunat, di bwh ini aku perturunkan jampi serapah untuk hilangkan takut dan sakit.......
Pus ketipus anak tupai atas batu
Kalau dah putus bukan punai aku...fuhhhhh

Masa tiup "Fuhhhhhh" tu jangan lebih 3 harakat.....kalau tak ....dengan anu-anu sekali hilang.

"Selamat Mencoba.......kalau tak jadi....sendiri rasa"

Wednesday, November 4, 2009

Tak lama lagi sekolah nak mula cuti akhir tahun...............Dalam memori aku ni dah banyak sangat tarikh anak cucu, cicit, cuit, anak buah, sedara, sepupu, sepapat yang nak kawin........
Mana-mana yang belum dimaklumkan............Kak Long nak kawin bulan ..... (aku pun dah lupa)
Oiiiiiiiiiiiii..................kerabatku sekalian, tolong bagi tau tarikh2 penting ni......

Friday, October 23, 2009

Jadi Orang Asli sampai pencen gayanya........

Lama betul tak tulis cerita............
Cerita baru aku....best gak............Pada 1.9.09 dulu aku dapat arahan bertukar ke SK Bukit Gemuruh......Surat sampai dah dekat cuti raya...so...pada 1.10.09 aku lapor diri. Tempat baru ni bukan asing bagi aku...masa muda2 dulu aku selalu gak datang tempat ni......Memang original sumernya. Sebab sekolah tu dan kampung tu adalah Orang Asli dari suku kaum Semelai dan ramai antaranya yg ada pertalian keluarga ngan penduduk Pos Iskandar.
Agak terkejut kerana di kalangan penduduk di situ adalah rakan aku masa sekolah di SM Mengkarak dulu....antaranya Jogan Salam dan Mat Okeh jadi cikgu. Oleh jadi tukang kebun sekolah tu. Aku juga bertemu semula ngan Puyang Tong Tong Seng, Lokman dan Aping......hidup mereka dah senang lenang. Ada kereta, rumah besar dan banyak kebun.
Sebilangan besar masyarakat di sini dah hampir hilang identiti orang aslinya. Cara hidup dan berpakaian telah berubah. Purata income diorang dlm RM2000.00 seminggu. Semua hasil kebun sawit dan getah. Tempat ni ...7 km dari bandar bera dan 5 km dari kg Kuala Triang. Nak tau tempat ni....carilah kat google map.
Tok Batin kat sini menjadi contoh kpd org kampung kerana beliau berpendidikan menengah, memiliki aset yang banyak serta berjaya sebagai seorang kontraktor pertanian dan perladangan.
Sekarang ni aku ngan dia tengah plan nak buat Galeri Semelai.....ia dibangunkan berhampiran sekolah untuk dijadikan Balai Adat. Bila siap nanti......majlis perasmian aku jemput korang sumer.
Aku nak ucap terima kasih bebanyak kepada pihak2 yang telah menolong aku dalam proses pertukaran aku dari SK Tembangau 6 ke Bukit Gemuruh.......Pada mereka aku takkan lupa...
En. Ramli Awang- PPD Bera, Cikgu Nawawi, En Sabri Yasin, Ustaz Che Hamid, Che Lias dan ramai lagi yang aku tak dpt tulis semuanya......Semoga Allah membalas jasa baik kalian .

Thursday, September 10, 2009

Dah lama tak bukak blog.......puasa kali ni semuanya dalam keterharuan yang bisa membuat jiwa terkesima.......korang tau apa yang aku dapat....?
1. Berat badan cuma tinggal 60 kg sahaja
2. Masa berbuka tidak lagi ditemani rokok
3. Berjaya mendapat resit no .......101 masa bayar fitrah (aku yg pertamalah tu...)
4. Mendapat 2 saman speed trap dalam tempoh 4 hari (kenalah RM600)
5. Tempat aku dah ada org ganti tapi surat aku tukar kemana2 belum dpt lagi
6. Tewas kpd permintaan akak yg nak baju raya 5 pasang (kopak aku)
7. Iwan amek UPSR dalam puasa
8. Dalam tempoh 1 bulan...mak ngan abah dah 2 kali xcident
9. Tengok pak ngah tumbuk mat rempit yg langgar abah ngan mak
10. Raya tahun ni aku tak buat lemang.....sbb aku tak leh mkn.....diabetes.