Monday, November 30, 2009

Hari ni cuaca mendung.....musim hujan weh.....harap2 jgn banjir, kesian kat org kampong koi kat Mengkarak nun.
Minggu ni agak sibuk. Suasana Raya Haji tu masih ada. Raya ke2 ada kenduri doa selamat kat rumah mak mertua kat kampung. Ramai juga sedara mara yang datang, kira luar jangkaan jugalah. Dapatlah anak2 aku bersua muka dengan sepupu sepapat yang jauh dan dekat. Nak harapkan aku nak pergi kenalkan....maaf...sebab aku sendiripun dah tak berapa kenal dengan anak cucu peringkat baru ni. Tapi yg tak bestnya dalam majlis tu ada juga berlaku perang dingin adik beradik........"Tak ada adik beradik cam aku ni..susah, ada adik beradik cam diorang tu pun susah juga.....Ontahlah....Tak dapek den nak nyawab nyo."
Raya ke3 kebetulan hari minggu. Sebelah pagi (Kul 11.30 tu kira pagi lah) aku dengan mem gi ke majlis korban perdana kat Simpang Bukit Kepayang anjuran Dato' Mail Sobri. Ramai member2 lama yang dapat aku jumpa. Kira ramai juga veteran UMNO yang kenal aku lagi. Dato' Mail masih lagi cam dulu ngan aku. Kira oklah tu.....dah jadi menteri masih kenal rodong. Banyak juga dia bagi daging, tulang wat sup pun ada......
Kul 2.00 ptg terus gi makan kenduri kawin kat Seberang Guai....kalau tak tau....Sbrg Guai tu dekat ngan Uruguay.
Sebelah petang jadi Mr Butcher (alahhh....yg keja potong daging tu...) ya lah...mem aku tu tetiba jer ngidam nak makan gulai tulang.....aku syorkan cari jer tulang "Ghost Rider"...dia tak nak lak....alih2 aku jugalah yg kena potong dan bersihkan tulang2 lembu tu. Nak jadi cerita....luka pulaklah jari tangan aku kena pisau......Tah camna aku terlupa nak baca jampi kebal masa nak mula potong daging tu.
Sempena cuti ni.....pada anak cucu, anak murid / bapak murid yang bersunat atau tersunat aku ucapkan selamat ...Jalan Mengengkang.

Untuk yang nak bersunat, di bwh ini aku perturunkan jampi serapah untuk hilangkan takut dan sakit.......
Pus ketipus anak tupai atas batu
Kalau dah putus bukan punai aku...fuhhhhh

Masa tiup "Fuhhhhhh" tu jangan lebih 3 harakat.....kalau tak ....dengan anu-anu sekali hilang.

"Selamat Mencoba.......kalau tak jadi....sendiri rasa"

3 comments:

Fadh said...

hahaha...kena queen control ke?

Papa Blues said...

Ini bkn kes Queen ctrl tapi kes Queen tak takut dkt King.

terganaz said...

Banjir dtg and pergi ,entah la goner taun nie, bapok tinggi jalan kena tambun harap2 lambat naik air, cpat surut air, he he he,ape khabo gamoknye aki alang (Ahmad bin Bulat) dah sihat ke dari sakit paha,yelah baru nie kenduri anok die (mak sedara kome)jenuh berjln tu yg sakit peha tu ....Harap Aki Chik dah boleh cam sape kome nie he he he