Friday, October 23, 2009

Jadi Orang Asli sampai pencen gayanya........

Lama betul tak tulis cerita............
Cerita baru aku....best gak............Pada 1.9.09 dulu aku dapat arahan bertukar ke SK Bukit Gemuruh......Surat sampai dah dekat cuti raya...so...pada 1.10.09 aku lapor diri. Tempat baru ni bukan asing bagi aku...masa muda2 dulu aku selalu gak datang tempat ni......Memang original sumernya. Sebab sekolah tu dan kampung tu adalah Orang Asli dari suku kaum Semelai dan ramai antaranya yg ada pertalian keluarga ngan penduduk Pos Iskandar.
Agak terkejut kerana di kalangan penduduk di situ adalah rakan aku masa sekolah di SM Mengkarak dulu....antaranya Jogan Salam dan Mat Okeh jadi cikgu. Oleh jadi tukang kebun sekolah tu. Aku juga bertemu semula ngan Puyang Tong Tong Seng, Lokman dan Aping......hidup mereka dah senang lenang. Ada kereta, rumah besar dan banyak kebun.
Sebilangan besar masyarakat di sini dah hampir hilang identiti orang aslinya. Cara hidup dan berpakaian telah berubah. Purata income diorang dlm RM2000.00 seminggu. Semua hasil kebun sawit dan getah. Tempat ni ...7 km dari bandar bera dan 5 km dari kg Kuala Triang. Nak tau tempat ni....carilah kat google map.
Tok Batin kat sini menjadi contoh kpd org kampung kerana beliau berpendidikan menengah, memiliki aset yang banyak serta berjaya sebagai seorang kontraktor pertanian dan perladangan.
Sekarang ni aku ngan dia tengah plan nak buat Galeri Semelai.....ia dibangunkan berhampiran sekolah untuk dijadikan Balai Adat. Bila siap nanti......majlis perasmian aku jemput korang sumer.
Aku nak ucap terima kasih bebanyak kepada pihak2 yang telah menolong aku dalam proses pertukaran aku dari SK Tembangau 6 ke Bukit Gemuruh.......Pada mereka aku takkan lupa...
En. Ramli Awang- PPD Bera, Cikgu Nawawi, En Sabri Yasin, Ustaz Che Hamid, Che Lias dan ramai lagi yang aku tak dpt tulis semuanya......Semoga Allah membalas jasa baik kalian .

3 comments:

sueda said...

salam cekgu (^^)

Fadh said...

selamat datang...hehehe

~ cikLisLas ~ said...

SLMT DOS TET SKBG...gEMBIRA yek khom GB ke sentiasa ceria mcm g!!!Smga skbg lebih GEMURUH di bwh naungan g....(ah sudah...ape maknenye 2???)